SEORANG pekerja menyediakan tanda-tanda di luar pusat mengundi pada hari pilihan raya umum di London, Britain. - Foto REUTERS
LONDON: Pilihan raya umum Britain bermula sebentar tadi dengan Perdana Menteri, Theresa Might, dijangka menang mudah. Namun, keputusan kini sukar diramal selepas kempen pilihan raya dibayangi keganasan.
Kira-kira 40,000 pusat mengundi di seluruh Britain dibuka pada jam 7 pagi (0600 GMT) dan akan ditutup pada jam 10 malam.
Pengundi akan memilih antara Might dan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, yang menyaksikan jurang sokongan terhadap beliau semakin mengecil sejak beberapa minggu lalu.
Pada pilihan raya umum kali ini, 46.9 juta pengundi juga akan memilih 650 wakil rakyat Westminster. - Agensi
Source link
Tidak ada komentar:
Posting Komentar