KAPAL pemusnah peluru berpandu USS Fitzgerald. - Foto Reuters
WASHINGTON: Kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat berlanggar dengan sebuah kapal kontena Filipina di pesisir selatan Jepun dan berkemungkinan ada anak kapal tercedera, lapor tentera.
Pertembungan antara kapal pemusnah peluru berpandu USS Fitzgerald dan ACX Crystal berlaku kira-kira 56 batu nautika di barat daya Yokosuka, Jepun pada jam 2.30 pagi waktu tempatan, semalam.
Pengawal pantai Jepun sudah berada di lokasi dan kerosakan atau kecederaan belum dapat dipastikan, kata tentera laut Amerika Syarikat.
Video dirakam NHK Information menunjukkan bahagian kanan hadapan kapal Fitzgerald tidak jauh dari menara kawalan rosak teruk dan CNN melaporkan kapal itu mulai tenggelam.
Beberapa kapal tunda Jepun dilihat menarik kapal itu ke pelabuhan. Kapal Fitzgerald sepanjang 154 meter itu berpangkalan di Yokosuka, selatan Yokohama dan Tokyo serta beroperasi di Pasifik.
Kapal ACX Crystal adalah kapal kontena komersial sepanjang 22 meter dan menurut beberapa laman radar kapal, ia dalam pelayaran ke Tokyo. - AFP
Source link
Tidak ada komentar:
Posting Komentar