Breaking

Senin, 12 Juni 2017

Zakaria gesa campurtangan SPRM | Semasa

Zakaria gesa campurtangan SPRM | Semasa


ZAKARIA (tengah) keluar dari Menara Felda selepas dipaksa bercuti serta-merta. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: "Saya syorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Felda World Ventures Holdings Berhad (FGV)," kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Beliau membuat gesaan itu susulan isu beliau dipaksa bercuti serta-merta sebagai Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV oleh Lembaga Pengarah syarikat itu.

"Saya juga bersedia untuk disiasat dan mengesyorkan SPRM datang menyiasat FGV supaya senang membuktikan jika ada apa-apa perkara yang tidak baik berlaku dalam FGV.

"SPRM boleh menyiasat saya atau pengurusan dan peringkat tertinggi pengurusan atasan untuk mendapatkan bukti yang sahih.

"Dengan ini, semua boleh mencapai keadilan," katanya pada sidang media dengan BH dan NST di pejabatnya di sini, hari ini.

ZAKARIA ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan BH dan NST sebelum beliau dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat. - Foto Aizuddin Saad

Sebelum ini, penulis weblog, Raja Petra Kamaruddin menyatakan Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad sedang berusaha untuk menyingkirkan Zakaria daripada jawatannya.

Raja Petra dalam portal miliknya mendakwa Isa mahu menyingkirkan Zakaria kerana dianggap terlalu lurus dan tidak mahu meluluskan urus niaga 'di bawah meja' yang Isa mahukan.


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar