Breaking

Senin, 12 Juni 2017

Tangani ancaman keganasan menerusi perang ideologi - PM | Semasa

Tangani ancaman keganasan menerusi perang ideologi - PM | Semasa


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Ancaman keganasan tidak cukup ditangani dengan tindakan polis dan ketenteraan semata-mata, sebaliknya perlu juga diperangi menerusi perang ideologi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan keganasan sejak akhir-akhir ini yang terjadi di beberapa negara adalah satu ancaman serius dan tidak boleh dipandang remeh, malah lebih menyedihkan kerana membabitkan kehilangan banyak nyawa.

"Apa yang berlaku di Kabul, Manchester, London, Marawi, Manila dan Jakarta amat menyedihkan kita semua.

"Tapi kita nak memerangi ancaman ini bukanlah dengan alat, bala tentera, polis atau kuasa penangkapan sahaja, tapi lebih daripada hendak memenangi perang ideologi.

"Untuk mereka memahami apakah Islam itu sebenarnya dan apakah tuntutan Islam kepada kita," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Selain itu Najib berkata, momentum ekonomi negara yang berkembang pada kadar yang memberangsangkan perlu diteruskan.

"Pencapaian ekonomi pada suku tahun pertama tahun ini mencatat prestasi yang membanggakan dengan pencapaian ekonomi di luar jangkakan iaitu pertumbuhan 5.6 peratus.

"Bagi bulan Mac sahaja, nilai eksport negara buat kali pertama dalam sejarah mencatat RM82.83 bilion.

"Prestasi ekonomi pada suku pertama mencatat prestasi yang membanggakan dan ia perlu diteruskan sebagai momentum ke hadapan," katanya.

 


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar