Breaking

Senin, 12 Juni 2017

Seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Marawi | Semasa

Seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Marawi | Semasa


AHMAD Zahid bersalaman dengan kakitangan dan keluarga di bawah KDN termasuk orang awam pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN di Seremban. - Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia, selain Abdul Rahman Asmawi dan Dr Kamsa Yahya, terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Marawi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pengenalan lelaki itu sehingga kini belum dikenal pasti dan pihaknya akan berhubung dengan pasukan keselamatan Filipina untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Saya mahu mengesahkan, kini tiga rakyat Malaysia terbunuh (dalam pertempuran dengan tentera Filipina) di Marawi dan kita akan dapatkan perincian mengenai identitinya daripada pemimpin tentera negara itu, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Terdahulu, pada majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan kepada 20 ibu tunggal dan 91 anak yatim.

Beliau menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa bersama kira-kira 1,200 penduduk setempat dan warga KDN di Masjid Hussain di Seremban 2 di sini.

Ahmad Zahid akan mengunjungi Masjid Kariah Paroi Jaya dekat sini untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama penduduk setempat.


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar