KUALA LUMPUR: Ringgit lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini selepas Rizab Persekutuan AS mengumumkan kenaikan kadar faedah.
Pada jam 9 pagi, unit tempatan diniagakan four.2770/2800 berbanding dolar AS daripada four.2650/2700 pada Khamis.
Penganalisis FXTM Analysis, Lukman Otunuga berkata walaupun dolar AS bangkit selepas kenyataan dan ucapan Janet Yellen, indeks dolar masih didagangkan rendah menghampiri paras terendah dalam tempoh tujuh bulan.
"Peniaga pendapatan tetap jelas tidak yakin dengan ketidaktentuan akibat Fed," katanya dalam satu nota.
Fed mengakhiri mesyuarat dua hari kelmarin dan menaikkan kadar faedah penanda aras buat kali kedua tahun ini. - BERNAMA
Source link
Tidak ada komentar:
Posting Komentar