Breaking

Senin, 12 Juni 2017

Penjelasan laporan media mengenai Pengerusi Media Prima | Semasa

Penjelasan laporan media mengenai Pengerusi Media Prima | Semasa


Berikut adalah kenyataan penuh Media Prima:

Merujuk laporan media mengenai Tan Sri Ismee Ismail yang bakal dilantik sebagai Pengerusi baharu Media Prima Berhad ("Media Prima" atau "Kumpulan"), Kumpulan ingin menjelaskan bahawa Tan Sri Ismee Ismail kini merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima, yang dilantik sejak 1 Jun 2017.

Pengerusi Kumpulan Media Prima semasa ini, Datuk Seri FD Iskandar, telah menyuarakan hasrat kepada Lembaga Pengarah Media Prima ("Lembaga") untuk meletak jawatan agar dapat memberi tumpuan kepada tanggungjawab perniagaan lain dan persatuan-persatuan beliau.

Pelantikan pengganti Datuk Seri FD Iskandar akan dibuat semasa Mesyuarat Lembaga Pengarah Media Prima yang akan datang.

Pelantikan baharu akan diumumkan oleh Kumpulan kepada pihak berkuasa selepas kelulusan Lembaga, mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar