BUTTERWORTH: Polis menahan seorang penolong penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, malam tadi, atas kesalahan pemerasan.
Suspek, 38, yang bertugas di Unit Risikan SPRM Putrajaya (Zon Utara) ditahan selepas melakukan pemerasan menggunakan maklumat SPRM untuk mendapatkan wang daripada pegawai polis terutamanya dari Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, mengesahkan tangkapan itu, oleh anggota dari Cawangan D7, kira-kira jam 10.20 malam tadi.
"Ketika ditahan, suspek baharu sahaja berjumpa mangsa di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di Bukit Mertajam, di sini dan menerima wang tunai RM three,000 daripada mangsa.
"Susulan tangkapan itu, kita merampas wang tunai RM3,000, selain kad kuasa SPRM atas nama suspek, sehelai seluar warna gelap jenama Marlboro Basic, sebuah beg sandang warna biru jenama Polo, dua kelongsong peluru 9 mm jenis SME, sebuah kereta Volkswagen Polo Sedan dan sebuah telefon bimbit jenama iPhone," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek memeras mangsa untuk mendapatkan wang bulanan RM3,000 bagi menjaga mangsa yang bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram daripada ditangkap SPRM.
Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.
Source link
Tidak ada komentar:
Posting Komentar