Breaking

Senin, 12 Juni 2017

Minta SPRM siasat kerugian PROTON | Jenayah / Mahkamah / Tragedi

Minta SPRM siasat kerugian PROTON | Jenayah / Mahkamah / Tragedi


PUTRAJAYA: Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggesa siasatan punca kerugian luar biasa PROTON disegerakan.

Presiden, Ramesh Rao, berkata laporan kewangan PROTON menunjukkan bahawa sebelum 2011, rizab PROTON berjumlah RM4.eight bilion manakala selepas dijual kepada DRB Hicom, ia susut kepada RM1.eight bilion.

Beliau mendakwa, sejak 1983 pihak PROTON didapati melakukan pembaziran dengan membelanjakan sebanyak RM18 bilion

bagi menjalankan kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan PROTON ini adalah sangat tinggi termasuk dana yang diberikan kerajaan dan SPRM perlu siasat pihak mana yang seharusnya bertanggungjawab memantau perbelanjaan PROTON," katanya di sini.

Seramai enam ahli PMSP selain beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain turut hadir bagi menyerahkan memorandum terbabit.

Ramesh berkata, pihaknya juga menyertakan beberapa dokumen yang diperoleh daripada pautan yang terdapat di web untuk diserahkan kepada SPRM sebagai bukti.

Beliau berpendapat, pihak kerajaan perlu menyiasat dan membersihkan PROTON terlebih dahulu sebelum menerima pelabur baharu dari China bagi mengelak berlaku masalah pada masa hadapan.


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar