Breaking

Jumat, 16 Juni 2017

KLIA diperbesarkan dalam tempoh 3 tahun | Semasa

KLIA diperbesarkan dalam tempoh 3 tahun | Semasa


MOHAMMAD Mentek (kiri) menunjukkan tempat tukar lampin bayi semasa meninjau tandas lelaki yang berkonsep baharu di Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) akan menjalankan kerja meluaskan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh tiga tahun akan datang selaras penambahan semasa kadar penumpang.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali, berkata pihaknya akan melantik firma perunding yang akan menentukan keperluan cadangan untuk menambah baik infrastruktur termasuk strategi pemasaran lapangan terbang itu.

Jelas beliau, selain memperluaskan KLIA, MAHB turut menjalankan beberapa penambahbaikan ketika ini kerana usia terminal berkenaan sudah mencecah puluhan tahun.

"Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah menukar konsep tandas di KLIA, memperluaskan surau, menaik taraf sistem bagasi dan tempat meletak kenderaan," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Konsep Baharu Tandas KLIA, di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mantek.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Badlisham berkata jumlah penumpang di KLIA diunjurkan terus meningkat berdasarkan pertambahan pergerakan trafik yang ditunjukan sepanjang tahun ini.

"Pergerakan trafik bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu di KLIA meningkat sebanyak 25.9 peratus kepada 12 juta penumpang berbanding tempoh sama pada 2016.

"Faktor penambahan ini turut disumbangkan menerusi penyertaan tiga pengendali penerbangan yang berminat untuk berada di KLIA," katanya.

Pada masa sama, kata Badlisham, beberapa pelabur antarabangsa turut berminat untuk berkerjasama dengan MAHB dalam usaha membangunkan KLIA sebagai bandar aeropolis.

Beliau memaklumkan, MAHB berpeluang melakukan rundingan akhir dengan tujuh syarikat aeronautik ketika Pameran Udara Antarabangsa Paris 2017 yang bermula Isnin ini di Paris, Perancis, kebanyakannya membabitkan syarikat Eropah.


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar