Breaking

Rabu, 14 Juni 2017

FGV: Laporan pihak bebas siap - PM | Semasa

FGV: Laporan pihak bebas siap - PM | Semasa


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya, turut kelihatan Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. - Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Laporan pihak bebas yang dilantik kerajaan bagi menyelesaikan kemelut Felda International Ventures Holdings Bhd (FGV) sudah siap, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, laporan itu akan dibentangkan Datuk Seri Idris Jala kepada beliau dalam masa terdekat.

"Laporan itu sudah disiapkan, tapi sedang meneliti segala fakta dan apa keputusan yang sebaik-baiknya berdasarkan tiga prinsip iaitu undang-undang syarikat, urus tadbir yang baik dan proses yang adil.

"Idris akan datang semula (bertemu saya)...saya mahu dia melihat beberapa pendekatan dan pilihan yang boleh diambil FGV," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKN) di sini, hari ini.

Kerajaan minggu lalu melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai pihak bebas untuk menyelesaikan kemelut FGV.

 

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan, mengumumkan Idris akan bertanggungjawab mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian berhubung keputusan FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua pengurusan kanannya, bercuti berkuat kuasa 6 Jun lalu.


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar