Breaking

Senin, 12 Juni 2017

Bukan bom tapi powerbank - Aziz | Semasa

Bukan bom tapi powerbank - Aziz | Semasa


Datuk Abdul Aziz Kaprawi. - Foto fail NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata pesawat Malaysia Airways MH128 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang yang menimbulkan kekecohan mendakwa membawa bom.

"Ia bukan cubaan merampas. Seorang penumpang cuba memasuki kokpit pesawat. Hanya penumpang mabuk cuba cetus kekecohan.

"Penumpang itu, rakyat Sri Lanka, mendakwa mempunyai bom. Tetapi ia bukan bom, hanya powerbank," katanya kepada AFP.

Abddul Aziz berkata, penumpang terbabit kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Australia.

"Semua penumpang selamat, " katanya.

Sementara itu, Malaysia Airways dalam kenyataan lewat malam tadi, menafikan pesawat berkenaan dirampas.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia Airways dan pihak berkuasa Australia akan menyiasat kejadian itu.

"Keselamatan menjadi keutamaan kami. Pihak kami memohon maaf di atas kejadian itu.

"Penumpang terbabit akan ditempatkan di lodge. Mereka akan ditawarkan tempat untuk penerbangan seterusnya atau pesawat syarikat lain, " katanya.

PESAWAT Malaysia Airways MH128 terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas penumpang cuba ceroboh kokpit. - Foto flightradar24


Source link

Tidak ada komentar:

Posting Komentar