PANGLIMA tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano. - Foto AP
MARAWI: Panglima tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano, berkata tiga militan rakyat Malaysia, seorang warga Indonesia dan Arab Saudi terbunuh dalam pertempuran di bandar raya ini, memetik maklumat perisikan terbaru.
Militan Islam merancang membakar keseluruhan bandar ini bagi menonjolkan pengaruh Daesh di rantau ini.
Ano memberitahu The Related Press (AP) dalam satu temuramah hari ini, tentera kini mara bagi memecahkan kepungan selama seminggu di bandar itu.
Menurut Ano, pengganas juga merancang membakar bandar ini dan membunuh seberapa ramai penduduk Kristian di bandar berhampiran Iligan sepanjang Ramadan untuk meniru keganasan yang dilihat dunia di Syria dan Iraq.
Sementara itu, pakar keganasan di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam Singapura, Rohan Gunaratna, berkata beliau percaya Daesh dan kumpulan kecil serantau sedang bekerjasama bagi menunjukkan kekuatan mereka dan mengisytiharkan wilayah Filipina itu sebagai sebahagian khalifah di Asia Barat.
Beliau berkata, pertempuran di Marawi, serta beberapa pertempuran kecil di tempat lain di selatan Filipina, mungkin pencetus untuk mengisytiharkannya sebagai 'kejayaan besar buat pengganas.' - AP
Source link
Tidak ada komentar:
Posting Komentar